Kesan Tahfiz Al Aminiah terhadap CONVID-19 sangat mencabar pengurusan

Portfolio

Diasaskan oleh allahyarham Tn. Hj Zabidi b. Hj Mohd. Ali pada tahun 1982. Sebagai asas permulaan, beliau telah membuka kelas tadika untuk kanak-kanak berusia 6 tahun yang bertempat di Dewan Hj. Zabidi. Pada Ogos 1990, allahyarham Hj. Zabidi telah kembali ke rahmatullah pada usia menjangkau 78 tahun. Namun, hasil usaha beliau tidak berhenti setakat itu sahaja. Setelah pemergian allahyarham, pentadbiran sekolah diteruskan oleh adik beliau sendiri iaitu Tn. Hj. Kassim. Di bawah pentadbiran Tn. Hj. Kassim, pada tanggal 1 Oktober 1990, nama Madrasah Al-Aminiah diwujudkan dan didaftarkan sebagai sebuah sekolah agama rakyat. Pengetua pertama yang dilantik untuk menerajui Madrasah Al-Aminiah dan sehingga sekarang ialah Tn. Hj. Azamuddin bin Alang Hamzah. Pada tahun 1992, pembelajaran yang dijalankan di dalam dewan sebelum ini telah berpindah ke sebuah bangunan. sekolah yang lebih sempurna. Dari semasa ke semasa, bangunan-bangunan baru dibina bagi menampung keperluan pembelajaran dan bilangan pelajar yang semakin bertambah. Pada tahun 2015, Ustaz Mohd Fazrol Hakimi Bin Hj Md Radzi telah menerima amanah daripada Mudir (Pengetua) Madrasah Al-Aminiah (Induk) Permatang Nibong, Tn. Hj Azamuddin Bin Alang Hamzah untuk membuka sebuah madrasah bagi masyarakat di Bertam, Kepala Batas. Berkat daripada tunjuk ajar, sokongan, bantuan tanpa berbelah bahagi dan dokongan maka sebuah madrasah berjaya ditubuhkan pada tahun 2015. Madrasah ini akan beroperasi sepenuhnya Sekolah Agama Rakyat (Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah) pada 01 Januari 2016 (Jumaat) bersamaan dengan 20 Rabiul Awal 1437H

Jom Daftar! Pengambilan Pelajar Tahun 2021

Tim Kami

Ustazah Roslina

Ustazah Roshida

Team Member

Team Member

Hubungi Kami

Tidak dapat mencari jawapan untuk soalan anda di Website ini? Pasukan Sokongan Komuniti kami sedia membantu! Hantar nota kepada kami menggunakan borang dibawah.

Kami sedia membantu